Friday, 13 September 2013

Feeling loved

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci

Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta

Hidup tak berkat

~ EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

Tanda-tanda hidup kita TAK berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah

Sunday, 8 September 2013

HIDAYAH itu milik Allah, ia datang dalam banyak cara..

~♥ kadang-kadang dalam sakit yang sangat perit..
~♥ kadang-kadang dalam mawaddah yang sgt indah..

~♥ Hadirnya tiada terduga..
~♥ kerana ia kehendak Yang Maha Esa..
~♥ Untuk menyuluh hamba yang rindukan rahmatNya.. 
~♥ Hidayah itu perlu dicari bukan dinanti..
~♥ Dengan mata hati bukan falsafah duniawi..

Tapi, bagaimana hadirnya ia? bukan tugas kita untuk tentukannya..~~

kuat hati & think positive ^_^

Dalam hidup ini, sering saja manusia diuji. Ujian Allah itu ada berbagai bentuk. Ujian kemewahan. Ujian kemiskinan. Ujian percintaan. Ujian dlm persahabatan. Ujian dlm perkahwinan. Ujian kesihatan. Dalam kesemua ujian, seringkali diri ini diuji Allah ujian kesihatan & ujian persahabatan. Namun, seringkali juga mentarbiyah diri bahawasanya, setiap sakit & penyakit yg diberi Allah itu satu ujianNya kerana sakit itu penghapus dosa. Tetapi seringkali merenung nasib diri dlm ujian persahabatan. Mengapa diri selalu dimusuhi, mengapa diri sering dibenci, mengapa diri sering dikhianati? Semua insan punya kesilapan & kekhilafan diri. Tarbiyah lagi diri, mungkin sudah takdir ilahi, diri ini harus melalui segalanya seorang diri. Tanpa mereka yg layak bergelar sahabat sejati. Manusia yg sering diberi ujian, itu tandanya Allah ambil peduli, Allah menyayangi. Allah lebih mengetahui, mungkin ada hikmah yang tersembunyi..Bertabahlah hati~~


^Petua Dari Prof Dr Muhaya : 

Cara menangani KEMARAHAN kita terhadap org yg MENYAKITI kita....

" Cuba bayangkan orang itu adalah budak kecik...kerana kita akan rasa kasihan dan sayang pada budak kecik....akhirnya kita akan rasa kasihan dan sayang jugak pada orang yang menyakiti kita itu...

Yang akhirnya kita akan mendoakan yang baik2 buatnya...dan akhirnya kita jugak akan mendapat PAHALA...walaupon orang tersebut masih pada tahap yang sama...

Tapi kita tetap pada IMAN dan KETABAHAN yang bertambah...
ALLAH tambah SAYANG kita...".

Bertabahlah hati..Sesungguhnya Allah senantiasa disisi.

Friday, 6 September 2013

Menunggu result interview

9/7 .. Interview..
Hampir sebulan lebih jugak menunggu.. Penuh debaran sebab aku berharap sangat2 .
20/8 .. Bangun pagi2 pegi kls land survey.. Ukur2 padang ragbi..  balik umah try checkk.. Alhamdulilah berjaya.. First bgtau my fiance.. Insan sanggup ct keje sbb nak anta aku g putrajaya.. Pe2 pon berkat doa mak ayah lagi.. Alhamdulilah sgt2... Nak kol mak, mak keje pagi plak terpaksa tunggu ptg. Adik balik sekolah, kol kat no .adik. Mak satu hal tak gune nset tak reti kat nye..

Semasa Tempoh Pertunangan


Bertunang adalah salah satu proses yang wujud dalam syariat Islam. Hukumnya adalah sunat. Ia terjadi apabila hasrat seorang lelaki untuk menjadikan seorang wanita sebagai isterinya disambut oleh wanita tersebut ataupun walinya. Maka, apabila sah menjadi tunangan, wanita tersebut tidak boleh lagi dipinang oleh orang lain.
Mungkin asas tersebut sudah ramai yang tahu.
Cuma ramai orang terlepas pandang tentang apa yang berlaku seusai proses pertunangan tersebut. Kita tahu, jika seorang lelaki hendak melamar, dia diharuskan untuk tengok wanita yang hendak dilamarnya. Apabila wanita tersebut sudah bergelar tunangannya pula, dia boleh berkenalan dengan wanita tersebut beserta keluarganya. Itu antara hikmah pertunangan ; sebagai proses menuju perkahwinan yang sejahtera.
Bab perkenalan itulah ramai orang terlepas pandang. Mungkin sebab tidak dititkberatkan. Maka banyak jugalah berlaku kerosakan pemuda dan pemudi Islam yang berada dalam fatrah pertunangan kononnya atas nama ‘berkenalan’.
Jadi saya cuba tuliskan sedikit guideline atau panduan untuk perhubungan sewaktu tempoh pertunangan. Harapnya, ia mampu menarik mana-mana yang telah terlanjur ke depan dan mampu menyuntik keberanian kepada mana-mana yang masih tidak tahu cara berhubungan.
Ok,kita mulakan.
Pertama : Nothing Change
Apa maksudnya? Maksudnya, apabila anda dan dia bertunang, tidak ada apa-apa yang berubah. Baik dari segi siapa dia, cara bercakap dengan dia, cara memandang dia dan sebagainya. Dia tetap lelaki ajnabi dan dia tetap perempuan ajnabi. Maka layanan anda kepadanya juga mesti sebagai ajnabi. Macam anda berkomunikasi dengan pakcik teksi, abang jual top-up kat kedai dan tukang kebun di sekolah. Apa yang berbeza cuma anda dan dia ada janji untuk berkahwin, itu sahaja.
Kedua : Pemfokusan
Apa hikmah anda sebagai wanita haram dipinang lagi selepas anda menerima pinangan seorang lelaki? Antara hikmahnya, Islam mahu mendidik anda supaya fokus. Buat satu-satu biar selesai satu-satu. Bertunang bukan sekadar soal ‘reserve’ semata-mata. Ia soal penyatupaduan usaha untuk menjayakan sebuah akad nikah. Mahu merealisasikan itu bukan senang, perlu kepada pemfokusan gerak kerja. Jadi, untuk berhubung antara satu sama lain, janganlah lari fokus. Soalan-soalan seperti tadi datang program tak? saya tak nampak awak pun atau awak dah makan ke? makan apa? itu semua agak jauh dari titik fokus yang sebenar.
Ketiga : Manusiawi
Apa yang saya maksudkan di sini adalah layanan kepada satu sama lain ketika berhubungan mestilah seperti melayan manusia, bukan robot. Banyak terjadi, apabila satu pihak ‘terlalu menjaga’ maka dia menjadi robot dan bukan lagi manusia. Mana ada manusia suka berkomunikasi dengan robot, apatah lagi yang berlakon sebagai robot itu adalah tunangannya. Jadi jangan jadi robot, jadilah manusia. Caranya mudah, anda sebagai wanita contohnya, ketika anda pergi kedai top-up dan meminta brader kedai tersebut memasukkan top-up ke dalam telefon bimbit anda, adakah anda berinteraksi dengan brader itu sebagai manusia atau robot?
Anda akan berinteraksi sebagaimana manusia biasa, bukan? Kalau perlu senyum, anda senyum. Kalau perlu jawab apa brader tu tanya, anda jawab. Kalau perlu bertanya, anda bertanya. Tapi adakah perlu untuk anda berbalas jelingan mata dengan bradertersebut? Tak perlu. Adakah perlu anda duduk melayan brader tersebut berbual-bual? Juga tidak perlu. Jadi kena faham, anda bukan perlu menjadi tegas seperti robot, sebaliknya anda perlu menjadi manusia yang tegas.
Keempat : Sms, email, calling
Saya faham, part ini paling ramai yang kalah. Tambah-tambah kalau dapat kredit free, memang susah nak tahan tangan dari mesej atau call orang yang selalu di ingatan. Tambah menyulitkan keadaan, apabila mahu berhubung tetapi tidak ada apa-apa perkara penting untuk dicakapkan. Maka diperah jualah otak mereka-reka ‘perkara penting’ barang sepatah dua, kemudian meleret-leretlah kepada segala benda yang tidak penting. Akhirnya, dua-dua lalai leka.
Jadi dalam hal ini, tidak dapat tidak kedua-dua pasangan mesti menjadi tegas. Patutnya, lelakilah yang memainkan peranan menegakkan ketegasan tersebut. Tetapi realitinya, ramai lelaki yang tidak menjadi tegas manakala yang wanita pula terkial-kial mempertahankan ketegasan. Sudahlah wanita itu sifatnya mudah cair, lelaki pula tidak memainkan peranan sebagai ‘pemimpin’ yang amanah dengan baik.
Soal medium berhubung ini, ianya halal dan hukum asalnya harus semata-mata. Tetapi ia boleh menjadi haram bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya. Justeru, amalkan tips berikut ketika berhubung :
  • Banyakkan isi, kurangkan bunga. Sekadar ayat pemanis bicara sikit-skit, tanya khabar, itu ok. Tapi selepas itu mesti terus kepada isi. Biar isinya banyak. Kalau mahu bincang, biar perbualan itu benar-benar berbentuk perbincangan.
  • Tak perlu berjenaka. Berjenaka biasanya untuk mengendurkan suasana. Tetapi sebaiknya anda mengambil sikap pertengahan, iaitu mewujudkan suasana perbualan yang tidak terlalu tegang dan tidak terlalu kendur. Kadang-kadang, jenaka mengundang padah. Boleh menghilangkan batas-batas ketegasan yang cuba dijaga. Jadi masing-masing pujuklah hati ; simpan dulu jenaka itu untuk kemudian hari. Itu lebih manis.
  • Jaga masa. Ada sesetengah lelaki, tengah malam baru nak contact. Konon tak boleh tidur, konon itu dan ini. Jadi dalam keadaan tersebut, wanitalah yang perlu bertegas dan berkeras. Jangan bagi muka. Berhubung ‘di luar waktu’ apatah lagi dalam suasana yang sunyi sepi, memang ibarat anda berdiri di mulut syaitan. Bila-bila masa boleh kena telan.
  • Jangan berkhalwat. Nabi s.a.w sebut : tidak berdua-duaan lelaki dan wanita melainkan syaitan adalah yang ketiga. Ini bukan berlaku di alam nyata sahaja, bahkan juga di alam maya. Chatting atau calling, biar ketika benar-benar perlu dan penting. Selesai urusan, segera tinggalkan ruang tersebut.

Kelima : Rapati ibu bapa
Banyak terjadi, perempuan apabila sudah bergelar tunangan orang, dia cenderung merapati si lelaki berbanding ibu bapanya sendiri. Ini silap. Kena faham dengan baik, bahawa tanggungjawab dan ketaatan hanya berpindah dengan akad, bukan dengan bertunang. Jadi sebagai anak gadis, anda perlu kekal sepertimana sebelum menjadi tunangan orang. Apa-apa perkara, ibu bapa mesti menjadi yang utama, bukan tunang.
Sebab itu dalam banyak-banyak kes, pernikahan menjadi susah. Antara sebabnya adalah, si gadis lebih sibuk dengan si tunang berbanding berbincang atau memujuk ibu bapanya, manakala si lelaki pula langsung tidak berusaha untuk memujuk ibu bapa gadis tersebut untuk menyegerakan pernikahan.
Orang perempuan kena faham, susah mahu berjumpa lelaki yang benar-benar berani dan gentleman. Yang sanggup melamar terus kepada ibu bapanya dan sanggup bersemuka sendiri memujuk supaya dipercepatkan pernikahan. Lebih-lebih lagi kalau masih belajar. Dengar sahaja dari mulut si gadis bahawa ayahnya tidak bagi kahwin masa belajar, terus menjadi gerun. Apabila disuruh oleh si gadis untuk menghubungi ayahnya dan berbincang, pelbagai alasan diberi. Hakikatnya, dia tidak bersedia dan tidak berani bersemuka.
Itu masih ok. Apa yang tidak ok adalah si lelaki asyik mahu merapai si gadis sepanjang tempoh pertunangan. Perkara yang penting dijadikan tidak penting. Perkara yang tidak penting pula dijadikan penting. Bab-bab memujuk keluarga, membina hujah dan sebagainya, tidak berminat untuk dibincangkan. Sebaliknya bab-bab sakit kepala, saya banyak masalah, awak tak memahami saya, saya rasa kesepian dan segala yang lain dijadikan sebagai topik utama perbincangan.
Jadi bagaimana? Dalam keadaan tersebut, kiranya si gadis pun lentok dan terikut-ikut dengan pembawakan si lelaki, maka berpestalah para syaitan atas kejayaan usaha mereka.

Keenam : Prinsip diri dan jaga hati tunang, mana satu?
Saya kira, dilema ini dikongsi oleh sebilangan besar anak gadis di luar sana terutama yang bergelar tunangan orang tetapi masih kabur dengan pernikahan.
Si gadis mahu bertegas dengan prinsip. Iaitu sebagaimana prinsip-prinsip yang saya senaraikan di atas. Apabila berhubung, dia tidak berlebihan. Sekadarnya sahaja. Memberi fokus pada yang penting dan sebagainya.
Tetapi apa yang menjadi masalah, si lelaki ‘tidak senang’ dengan keadaan tersebut. Dia merasakan dirinya sebagai tunang perlu menerima ‘layanan’ yang lebih istimewa. Janganlah terlalu tegas. Sesekali, mahu juga berkongsi rasa, melayan bicara, membuai jiwa. Si gadis pantang menyerah. Tidak dilayan dan buat tak faham. Akhirnya? Si lelaki merasa jemu dan mahu putus.
Sudah tentulah si gadis akan bersedih hati. Namun adakah perlu dikorbankan prinsipnya?
Saya jawab : tempoh pertunangan itu tempoh perkenalan. Berkenalan kat situ, bukan maksudnya dia kena kenal saudari yang cantik, menarik, menawan, pandai ambil hati, menyejukkan jiwa, penyayang dan sebagainya. TIDAK SAMA SEKALI. Apa yang dia kena kenal adalah, keluarga saudari, perancangan hidup saudari, masalah-masalah yang saudari hadapi untuk berkahwin dan apakah watak-watak yang disukai atau tidak disukai oleh saudari. Sebab apa? Sebab dia kenal saudari sebagai TUNANG, bukan ISTERI. Kalau dia kenal sebagai isteri, ya, saudari boleh kenalkan diri saudari yang penyayang, manja, menggoda dan sebagainya. Jelas?
Jadi bila saudari ‘memperkenalkan’ diri saudari sebagai seorang yang tegas dan berprinsip, kemudian si lelaki tersebut menolak, maka saudari tidak perlulah bersedih. Saudari tidak kehilangan dia, sebaliknya dia yang kehilangan saudari.
Dan diri saudari yang MAHAL itu hanya layak dikenali oleh lelaki yang jujur, amanah dan benar-benar bertanggungjawab. Pasti dan pasti, lelaki jenis itu tidak akan berkecil hati dengan ketegasan saudari sebaliknya dia akan bersyukur kerana tunangnya membantunya menjaga iman dalam diri.

6 monthss punya story

6.33 PM
FRIDAY :
 alhamdulilah ... masa berganti masa.. siang berganti malam.. syukur kerana masih diberi kesempatan untuk update blog. dah lama menyepi macam2 story berlaku.. alhamdulilah disebalik kekecewaan tuhan menggantikan dgn MRAL . now my fiance. mesti tak pecaye kan.. tapi tu la hakikat nye..insyallah bulan 11 kami sah menjadi suami isteri. .  27hb 5 tarrikh pertunangan kami . insan yang melamar masa tu tengah kecewa dengan insan yg tak reti bersyukur.family dye alhamdulilah terma aku seadanya, tapi yang lawak nye jarak umur kite org jauh beza . umur aku lagi muda dari adik bongsu dye. layan jela..pe2 pon aku kene jugak pggil diorg tu  "abang" sbb faktor umur. :

                          )

 kisah pembelajaran plak amat la kecewa sbb result sem lepas tersangat la terukk.ikotkan ati nak sangat berhenti tp fiance ckp habis kan juga bia lambat asal get diploma. errm belaja la kerana terpaksa.. org lain dah nak grade tapi aku terkontang kanting.. time nie aku selalu isi2 form kot2 ade job kosong sangkut.. fiance ckp nak berhenti boleh tapi bia dapat keje dulu. mmg x la kan.. aku baru je isi..

nie babak terima surat interview goverment. alhamdulilah .. tuhan memakbulkan rengetan aku, pada 9/7 sehari sebelum puasa, aku kene pergi interview kat putrajaya untuk jawatan pembantu makmal c17 under suruhanjaya perkhidmatan pelajaran. nasib baik la fiance punya abg stay sana. nak tak terpaksa jugak menumpang umah diorang kalu tak, tak terinterview la aku.. sehari sblom tu fiance balik temerloh semata2 nak ambik aku kat jengka.. sampai putrajaya dalam kul 9. terpaksa la melayan diorang semua yang peramah tu sampai pukul 2 baru tidur .. abg fiance bg note suruh aku stdy mak oi..esok dah, badan penat mane nak stdy nye.. pg2 kul 6 bgun, solat n pegi interview tawakal je. malam punye hal ngantuk sangat mane dan nak stdy nye... 

masa interview : 8pg.. 
bilik temuduga 14. kompleks perdana menteri.
mak oi bapak ramai nye.. pasrah and redha je time tu.
interview ikot group... aku sorg perempuan 4 lagi lelaki. firstly aku kene perkenalkan diri macam biase la time nak prenstation kat u.. hehehehe... alhamdulilah soklan yg di tanye  x la susah sangat. jawab boleh ikot lagik akal. dan pengetahuan am.. syukur semua dapat jawab ng baikk... backk setel.. fiance anta pekeliling balik u pulakkk... continued .... hehehehe.