Condition 10/10
Dibalut kemas
Call /sms / whatsapp 0199215394
Sunday, 28 September 2014
Friday, 26 September 2014
AMANAH BEKERJA YANG BERKAT
KITA sering merasakan tidak pernah cukup untuk menampung kehidupan diri dan keluarga. Kita juga mengeluh apabila gaji banyak mana pun tidak menjamin hidup selesa dan bahagia. Hakikatnya fenomena sebegitu amat terkait dengan perilaku sendiri dalam melaksanakan amanah dalam pekerjaan seharian. Memang masih ramai tidak segan silu melakukan perbuatan curang dalam pekerjaan seharian.
Mungkin kita tidak menyedari kerja dilakukan dengan penuh dedikasi tanpa unsur penyelewengan akan membawa berkat. Manakala, perlakuan curang dalam pekerjaan akan membawa padah. Curang dimaksudkan penulis adalah sikap tidak amanah seperti curi tulang, kerja sambil lewa, menipu kedatangan, buat kerja sampingan yang tidak memenuhi kontrak pekerjaan sebagaimana termeterai dengan majikan.
Walhal Islam memandang serius aspek amanah dalam mengotakan setiap apa yang dipersetujui majikan dan pekerja sebagaimana kontrak yang ditandatangani. Ini ditegaskan dalam firman ALLAH SWT: “Wahai Orang yang beriman! Patuhilah setiap perkara yang kalian akadkan (terma yang termaktub dalam kontrak)”. (Surah Al-Maidah: 1)
Dalam Islam, setiap kontrak seperti jadual masa kerja, skop dan tanggungjawab kerja ditandatangani antara dua pihak adalah wajib dipatuhi selagi mengikuti prinsip dan syariat. Implikasi kontrak dimeterai bukan sahaja terhadap hak sesama manusia, malah kesannya terkait langsung dengan hak ALLAH.
Hakikatnya, Islam melihat pekerjaan sebagai suatu yang cukup bernilai. Malah Islam menganggap ‘kasbu al-halal’ atau bekerja untuk memperoleh pendapatan yang halal adalah suatu jihad (maksud hadis). Oleh itu, Islam menganjurkan umatnya bekerja keras untuk kebaikan di akhirat dan kecemerlangan hidup di dunia.
Usaha setiap manusia untuk mencari nafkah halal bagi menyara diri, keluarga atau membantu kaum kerabat dan jiran tetangga pada hakikatnya diletakkan setaraf dengan kedudukan berjihad di jalan ALLAH. Itulah sebabnya ALLAH menerangkan konsep mencari nafkah yang halal dan berjihad ini dalam ayat yang sama.
“Dan sebahagian manusia berjalan di muka bumi mencari sebahagian daripada (rezeki) anugerah ALLAH. Sebahagian yang lain pula berperang di jalan ALLAH.” (Surah Al-Muzammil: 20)
Diriwayatkan Saidina Umar Al-Khattab berkata, “Keadaan yang paling aku sukai bila ajal menjemput ku adalah apabila aku sedang berjihad di jalan ALLAH. Kemudian keadaan di mana aku sedang mencari rezeki kurniaan ALLAH.” Kemudian beliau lantas membaca ayat di atas.
Rasulullah SAW sentiasa memperingatkan golongan sahabatnya dan umat Islam agar bekerja bersungguh-sungguh bagi mencari rezeki yang halal dan sah. Setiap pekerjaan baik merupakan ibadah yang bakal mendapat ganjaran dan maghfirah ALLAH. “Sesiapa yang bermalam dalam keadaan penat kerana mencari rezeki yang halal maka dia bermalam dalam keampunan (Tuhan)”. (Riwayat Ibnu Asakir daripada Anas).
Budaya kerja yang disemangati oleh nilai Islam diharapkan dapat menghindari perbuatan tidak baik dan tidak bermoral dalam pekerjaan.
Kebelakangan ini, semakin meluasnya gaya hidup menyeleweng seperti terlalu memikirkan diri sendiri (individualistik) mahupun terlampau taksub hendak jadi kaya dengan jalan pintas (materialistik).
Hilangnya keberkatan bermakna manusia tidak lagi memperoleh kebahagiaan hakiki dan ketenangan dalam hidup yang dijanjikan ALLAH kepada orang Islam bertakwa dan bekerja dengan ikhlas mengikut ajaran dan prinsip Islam sejati.
Ini menyebabkan hidup kita dalam kesulitan, hubungan suami isteri berantakan, anak bermasalah dan rezeki yang diperoleh tidak pernah rasa cukup.
Sebaliknya rezeki yang berkat walaupun sedikit tetap cukup dan memenuhi keperluan hidup yang pelbagai. Menurut ulama, makna keberkatan sebagai “as-saadah al-haqiqiah” (kebahagiaan hakiki) dan “az-ziadah” (nilai tambah) dalam kehidupan. Ini tentunya dapat menceriakan diri dan memenuhi keperluan rumah tangga.
Itulah pentingnya mencari rezeki halal dengan berpegang teguh kepada segala peraturan, prinsip dan nilai sebagaimana digariskan Islam. Mudah-mudahan dengan bekerja bersungguh-sungguh mencari rezeki halal itu kita sentiasa berada dalam kebahagiaan dan ketenangan lantaran dilimpahi rahmat dan berkat ALLAH sentiasa.
Tuesday, 23 September 2014
HARI PERISTIWA KELEBIHAN BERPUASA
1 Zulhijjah
Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah. Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya.
2 Zulhijjah
Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa melakukan maksiat.
3 Zulhijjah
Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.
4 Zulhijjah
Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya serta pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat.
5 Zulhijjah
Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya. Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 Zulhijjah
Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya. Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab.
7 Zulhijjah
Pintu neraka jahanam akan dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah. Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kemudahan dan kesenangan.
8 Zulhijjah
Hari ini dinamakan “Tarwiyah” (Hari berfikir).Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. .Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya kecuali Allah.
9 Zulhijjah
Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami.1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya.2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir. .Sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
10 Zulhijjah
Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih). Haram berpuasa pada hari ini.Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluar-ganya.Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud..
Ingatan untuk diri sendiri bila dah ada cahaya mata nanti
Antara masa kerja mencari gaji 💵💵 dan masa demi anak2.👪
... Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, kdg2 ibu pun blk lewat...
Anak2 redha di tempat org🏡... Belajar🔠🔤, bermain, Riang Kongsi makan dan kongsi penyakit... xpe, KLINIK ADA!!
Sepanjang di tempat kerja,, anak2 di rumah 🏡 pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah, Rindu ibu ,
Tp... Nak ckp rindu x reti... Nak tulis surat , xreti gak... Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg diulang, 6:00 ptg saat anak nampak ibu dan ayah dia , anak kita tekad... Dia nak ibu tgk dia .. Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg anak2 tahu utk bgtau yg... "Ibu saya rindu n sayang sgt kat ibu....."
TAPI.....
Apa kita buat...
Bila anak2 bising... Kita marah...
Bila anak2 main... Kita herdik...
Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!"
Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TGK TV FAHAM!!!!"
Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang...
Sedih hati seorg anak yg rindu ibu .... Yg rindu ayah .... Yg rindu pelukan ibu... Rindu dukungan ayah...
Apakah duit 💵boleh ganti kasih sayang💞💞?
Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang?
Apakah mainan 🎮🎮 berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?
Apakah masing2 makan kat luar 🍗🍖 boleh ganti nilai makan bersama...
Fikir sahabat... 💭
Fikir teman2...💬
Fikir ayah ibu yg mulia..
Ingatan bersama... 👪
Assalamualaikum Semua...
Jenaka bersama Ustaz Azhar :
Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing🐈 untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.
Jika seekor kucing🐈 datang meminta makanan🐡🍗, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang Allah beri pada kita.
Padahal kucing🐈 tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita.
Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing🐈?
Kadang-kadang kucing🐈bawa lari seekor ikan kembong🐡 yang kita beli di pasar.
Anggaplah itu rezeki untuk kucing🐈 tu.
Tak payahlah kejar kucing🐈
tu keliling kampung!
Dia bukan ambil semua🐡🐡 seekor🐡 saja.
Lainlah kalau kucing🐈 tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.
Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit😤.
Muhasabahlah diri kita.
Jika nak jadi :
cepat kaya🏡
murah rezeki
panjang umur dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang.
Setiap makanan🐡🍗 kita beri binatang makan, itu dikira sedekah.
Allahualam....
Rasulullah SAW bersabda :
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."
* HR. Al-Bukhari
ㅤ ㅤ
ㅤ ♡Subhanallah♡
♡Alhamdulillah ♡
♡Lailahaillallah ♡
ㅤ ♡ Allahuakbar ♡
ㅤ ㅤ
♡PETUA♡
Salam n selamat malam♡♡♡
Semalam ramai yg minta saya kongsi petua utk senggugut. Saya sharekan dgn semua k. InsyaAllah boleh amalkan.. mudah jer ni..
☆ELAK SENGGUGUT
Dengan Bawang Merah
Caranya, ambil tiga ulas bawang merah. Potong halus-halus dan campurkan dalam segelas air panas. Kendian kacau dan minum air tersebut.
☆RAWAT SENGGUGUT
Dikatakan bahawa kalau tak jemu mengamalkan petua nie insyaAllah sakit senggugut akhirnya tak menyerang lagi.
Rahsianya ialah dengan mengamalkan minum air perahan halia selama sebulan. Minum sebanyak dua kali setiap hari. Ketika mengamalkannya dan jika senggugut masih menyerang, cepat-cepat rendamkan kaki ke dalam satu bekas air suam yang telah dicampur dengan garam. Cuba terus mengamalkannya sehingga rasa sakit hilang.
Semoga bermanfaat 😯
Sunday, 14 September 2014
Penjagaan muka cara semula jadi ♡♡♡
Cara menjaga kecantikan wajah adalah seperti berikut:
1.MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.
2.MENGHILANGKAN TAHI LALAT
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!
3.BIBIR MERAH SEMULAJADI
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.
4.MELEBATKAN BULU KENING
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.
5.KULIT MUKA LICIN BERSERI
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.
6.MENAIKKAN SERI MUKA
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..
7.MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.
8.MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.
9.MELICINKAN WAJAH
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.
10.MEMERAHKAN BIBIR HITAM
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.
11.MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan s apukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.
12.MEMERAHKAN BIBIR
Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih
13.MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENING
Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.
14.NAIK SERI WAJAH
Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
15.OTAK JADI BIJAK
masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.
16.MENCANTIKKAN KULIT MUKA
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.
17.MENYERIKAN WAJAH
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.
18.HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.
19.PETUA AWET MUDA
Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.
20.MUKA BERSERI
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.
21.SENTIASA MUDA
Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda
Insyallah, Dengan izin Allah ♡♡♡
Seharian bersama
Bercuti di bukit tinggi resort 2 day 1 night..
Alhamdulilah cuaca sangat sejuk
Mood honeymoon lagi ..