Monday, 19 December 2016

10 rules bertukar pejabat sbb naik pangkat atau tukar tempat kerja

Slogan dia, respect and harmony. What you give you get bek.. Haha.

Rule 1. Jangan baru tukar pejabat, terus nak tukar itu dan ini, ini tak betul, ni salah. Hormati sbb kamu masuk rumah orang.

Rule 2. Jangan baru ambik kepimpinan terus cakap "saya tak nak seperti sebelum ni.. Lembab, teruk dll. Simpan dlm hati kalau betul pun. Kene ingat jasa org sblm ini.

Rule 3. Jangan tukar terus berlagak nak tukar semua perkara. Mesti ada sebab orang dulu tak buat. Study dulu. Orang dulu pun tak kurang cerdik dari kamu.

Rule 4. Bekerja dengan tangan dan hati, bukan dengan mulut dan air liur.

Rule 5. Understudy, baca fail dan pekeliling. Paling kurang 2 minggu. Selepas 2 minggu bukan lagi orang baru. Jangan sampai 6 bulan cakap errr " saya masih orang baru".

Rule 6. Masuk meeting, dengar dahulu. Tengok cara orang bermeeting. Lain tempat lain cara. Jangan sibuk nak cakap itu ini. Kalau diberi peluang atau ditanya barulah jawab. Nanti orang tahu kita tak tahu. Jgn suka sebut, kat pejabat saya dulu mcm ni... Mcm bagus sgt pejabat dulu.

Rule 7. Org baru, sila sapa semua orang. Ada masa perkenalkan diri. Paling penting untuk dikenali adalah para pemandu dan makcik cleaner.

Rule 8. Jangan masuk-masuk bising itu tak cukup ini tak cukup. Guna sekadar yang ada. Yang penting satu pen hitam di poket. Kita bukan pegawai kerusi meja. Mintak pelan2.

Rule 9. Jangan masuk terus nak cari musuh, tembak orang tak tentu hala dalam meeting.

Rule 10. Hormati pegawai/kakitangan senior umurnya. Jangan kira dia apa pangkatnya. Mereka berpengalaman. Jangan marah atau tegur kesalahan mereka di khalayak. Jaga airmuka mereka.

Semoga bahagia.  Pejabat adalah rumah kedua kita. 8 jam++ sehari. Kita bekerja untuk hidup bukan kerja untuk bermusuh. Ular menyusup akar tidak hilang bisanya. Tapi lebih ganteng. Semoga berjaya.

SAINS TINGKATAN 4

BAB 1 : PENYIASATAN SAINTIFIK

Sains ialah ilmu tentang alam sekeliling kita. Untuk mengkaji tentang alam sekeliling kita, penyiasatan saintifik hendaklah dilakukan.

Langkah-langkah penyiasatan saintifik mengikut turutan:

  • Mengenal pasti masalah
  • Membuat hipotesis
  • Merancang penyiasatan
  • mengawal pemboleh ubah
  • Mengumpul data
  • Menganalisis data
  • Membuat kesimpulan
  • Membuat laporan

Terdapat 3 Jenis pemboleh ubah (PU) dalam penyiasatan saintifik.


a.PU yang dimalarkan-apakah perkara yang disamakan

b.PU yang dimanipulasikan-apakah perkara yang di ubah-ubah?

c.PU yang bergerak balas-apakah yang dilihat(diperhatikan)?


Wednesday, 2 November 2016

Motivasi pagi 😚😚

"Apabila membasuh pinggan kita akan memiliki 2 benda. Pertama pinggan itu bersih dan kedua tangan kita pun bersih.
Begitu jugalah dalam diri kehidupan kita taktala kita mengajak orang lain ke arah kebaikan kita sebenarnnya membersihkan diri kita pada masa yg sama"
[Imam Hassan Al-Banna Rahimahullah Taala]
#Motivasi Pagi
#Muhasabah Diri

Monday, 26 September 2016

SainS


PANDUAN KESELAMATAN KEBUK WASAP
FUNGSI DAN JENIS KEBUK WASAP:

Kebuk wasap amat penting dalam makmal untuk menjalankan eksperimen-eksperimen yang membebaskan wap-wap yang mudah terbakar,beracun,mengkakis dan berbau.
Kebuk wasap berfungsi untuk mengeluarkan udara yang di cemari dengan wap-wap tersebut keluar makmal dan mengalirkan udara yang bersih ke dalam makmal.
Perlu dipastikan udara yang keluar melalui kebuk wasap tidak memasuki semula ke dalam makmal melalui tingkap atau saluran2 tertentu seperti melalui penghawa dingin.
Disamping kebuk wasap yang digunakan untuk mengeluarkan wap2 yang merbahaya,terdapat juga kebuk wasap yang dapat membendung letupan dan kebakaran.
Kebuk wasap ini memerlukan pintu yang lebih kukuh dan tahan letupan.kebiasaannya terdapat 3 kebuk wasap yang di pasang dalam makmal iaitu: kebuk wasap am,asid perklorik,dan jenis asid hidrofluorik.
Kebuk wasap am digunakan untuk eksperimen yang tidak melibatkan asid perklorik dan hidrofluorik.Manakala  kebuk wasap jenis asid perklorik dan hydrofluoric direka bentuk dan di buat dari bahan yang tahan kepada bahan2 tersebut.Bersesuaian dengan asid hydrofluoric yang mengkakis kaca,kebuk wasap jenis ini tidak diperbuat daripada bahan2 kaca.Kebuk wasap jenis perklorik pula dibina dari bahan yang tidak mengandungi karbon atau mudah terbakar.

LANGKAH2 KESELAMATAN PENGGUNAAN KEBUK WASAP.

Kipas penyedut mestilah dipasangkan semasa menggunakan kebuk wasap atau semasa eksperimen yang menggunakan bahan kimia yang perlu ditinggalkan di dalamnya.
Jangan menggunakan kebuk wasap sebagai stor bahan kimia atau sampel2 lain.Pengumpulan wap-wap bahan kimia akan membahayakan pengguna dan merosakkan peralatan di dalamnya.
Eksperimenn2 yang tidak melibatkan asid hydrofluoric dan asid perklorik mesti dilakukan dalam kebuk wasap jenis am.manakala eksperimen yang melibatkan asid hydrofluoric dan asid perklorik dalam kebuk wasap masing2.
Kebuk wasap jenis perklorik dikhaskan untuk asid perklorik sahaja:
hanya untuk penggunaan asid perklorik shj.kerja2 sampingan mestilah dibuat ditempat lain.
keselamatan kebuk wasap ini ialah ia perlu di basuh bahagian dalamnya,salur2 dan kipas penyedutnya pada setiap masa atau selepas setiap eksperimen dijalankan.
semua radas yang digunakan didalamnya hendaklah tidak disalut dengan bahan organic atau pelincir/gris.
hanya mereka yang memngetahui bahaya asid perklorik dan cara2 pengendaliannya sahaja yang dibenarkan menggunakan kebuk wasap ini.
Setiap kali hendak menggunakan kebuk wasap,perlu dipastikan kipas penyedut di hidupkan terlebih dahulu untuk mengeluarkan wap2 bahan kimia yang tingal dalam kebuk wasap sebelum pintu kebuk wasap di buka.
Apabila selesai eksperimen dijalankan,pintu kebukwasap perlu ditutup terlebih dahulu sebelum kipas penyedut di matikan ini untuk mengelakkan wap bahan kimia yang terhasil semasa eksperimen tidak tersebar ke dalam makmal.
Kipas kebuk wasap mestilah tidak menghasilkan gegaran atau bunyi bising semasa digunakan.
Pastikan peralatan dan alat radas tidak menghalang buka-tutup pintu kebuk wasap.
Jangan masukkan badan anda kedalam kebuk wasap semasa eksperimen dilakukan.
Kebuk wasap hendaklah sentiasa bersih dan kemas.sebarang tumpahan dan percikan hendaklah dicuci dengan segera.
Halaju udara pada permukaan kebuk wasap semasa pembukaan penuh pintu hendaklah tidak kurang daripada 0.50m/s untuk mengeluarkan udara yang tercemar dan 0.75 – 1.00m/s untuk mengeluarkan wap2 atau bahan2 yang sangat beracun atau 100kaki/m pada paras 1kaki pembukaan kebuk wasap.
Halaju pada permukaan pintu kebuk wasap hendaklah di periksa dari masa ke semasa.

Tuesday, 10 May 2016

*cantik ayat ni......!*


_Kadang - kadang Adik beradik yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit......_

_Kadang - kadang adik beradik yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab......._

_Kadang - kadang adik beradik yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......_

_Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang Adik beradik....._

_Kadang-kadang adik beradik yang selalu_ *SMS DAN WATTSAPP* _anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka_ *INGAT PADA ANDA.......*

_Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada._

_Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........_

_Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,_
_"Siapa mereka semua tu?"....._
_Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,_
*"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." ....*

*TERIMA KASIH ADIK BERADIK*
_Ada *3* Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :_      
          *1. Waktu*        
          *2. Kata-kata*    
          *3 . Kesempatan*        

_Ada *3* Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:_
          *1. Kemarahan*
          *2. Keangkuhan*
          *3. Dendam*  

 _Ada *3* Hal yg tidak boleh hilang:_
          *1. Harapan*        
          *2. Keikhlasan*
          *3. Kejujuran*        

 _Ada *3* Hal yg plg berharga:_
          *1. Kasih Sayang*
          *2. Cinta*        
          *3. Kebaikan*        

 _Ada *3* Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :_
          *1. Kekayaan*      
          *2. Kejayaan*    
          *3. Mimpi*        

 _Ada *3* Hal yg membentuk watak seseorg :_        
          *1. Komitmen*  
          *2. Ketulusan*    
          *3. Kerja keras*        

 _Ada *3* Hal yg membuat kita sukses :_
          *1. Tekad*        
          *2. Kemahuan*  
          *3. Fokus*

 _Ada *3* Hal yg tidak pernah kita tahu :_
          *1. Rezeki*    
          *2. Umur*        
          *3. Jodoh*        

*TAPI,* _ada *3* Hal dalam hidup yg_ *PASTI :*    
          *1. Tua*        
          *2. Sakit*        
          *3. Kematian.*  

*_Ya  Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya.._*      

*Kirimlah kpd semua Adik beradik & Kawan2 yg kita ingati..... 😘😘😘

Saturday, 5 March 2016

RENUNGAN BERSAMA 👉 HIKMAH SAKIT



Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmah dan rahsianya, antaranya:

1) Sakit itu Zikrullah.  Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar. Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati, Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya  

15) Sakit itu tingkatan darjat. Apa saja jenis sakit termasuk stress, tekanan fikiran hatta tercucuk duri sekecil apa pun akan menjadi asbab seseorang ditingkatkan darjatnya disisi Allah.

*Kesemua hikmah ini qkan diperolehi hakikatnya apabila sakit itu diterima dengan hati yang sabar dan redha tanpa hati mempertikaikan dan protes terhadap ketentuan Ilahi.

Wallahualam.


Friday, 4 March 2016

👉PETUA HIDUP TENANG 👈



1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3. Tidak berlebihan melakukan  apa yang anda tidak mampu buat.  Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja.. 

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa  terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.

7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.

8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.


Tuesday, 16 February 2016

CARA MANDI RASULULLAH SAW

Cara mandi yang diajarkan oleh
Rasulullah SAW:

1. Bermula dari segayung siramkan
di telapak kaki.

2. Segayung di betis.

3. Segayung di paha.

4. Segayung di perut.

5. Segayung di bahu.

6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.

..Kita akan merasakan seperti wap/
angin yang keluar dari ubun-ubun
bahkan meremang, setelah itu
lanjutkan dengan mandi seperti
biasa.

.Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi
dengan air sejuk. Apa yang terjadi?
Gelas akan retak !!!

..Jika tubuh kita .... apa yang retak?
Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.

..Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.

..Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.
In shaa Allah..

..Jangan kedekut ilmu. Sila kongsi
untuk manfaat bersama....

Friday, 1 January 2016

MOTIVASI UNTUK GURU MENJELANG PEMBUKAAN SESI 2016

Assalamu'alaikum.
TIGA BELAS MOTIVASI
Untuk guru menjelang pembukaan sesi persekolahan 2016......

Jadikan Point-point ini sebagai Panduan & Muhasabah Diri sama ada dalam keadaan Gembira, Stress dan sebagainya.
__________________________
🔹MOTIVASI PERTAMA janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah berserta taqwa & takut kepada Allah SWT lebih baik untukmu.

🔹MOTIVASI KEDUA Terimalah  pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah Malaikat atau Syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka.

🔹MOTIVASI KETIGA  Tunjukkanlah penghargaanmu terhadap PELAJAR/MURID dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka.

🔹MOTIVASI KEEMPAT Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu itu sebagai Guru, melonjakkan dan menyalakan lagi cita-cita mereka hingga sampai kepuncak. Maka jadilah kamu 'MASTER PLAN' orang-orang besar.

🔹MOTIVASI KELIMA  Baikkanlah layananmu terhadap pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat do'a kebaikan yang  berterusan, meskipun sudah berada didalam tanah.

🔹MOTIVASI KEENAM  Setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.

🔹MOTIVASI KETUJUH Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari hisab/akhirat kelak.

🔹MOTIVASI KELAPAN  Berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
"Ya Allah..!, tambahkan ilmu, rahmati dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan amanah".

🔹MOTIVASI KESEMBILAN Dihadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.

🔹MOTIVASI KESEPULUH
Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula.
Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.

🔹MOTIVASI KESEBELAS
Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua kerja buatmu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU diakhirat nanti.

🔹MOTIVASI KEDUA BELAS
Pesanan  ini  adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadikan amalan untuk mendapatkan kebaikan yang banyak.

🔹MOTIVASI KETIGA BELAS
Sesungguhnya Allah perintahkan kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan sesiapa yang terpilih menjadi Guru adalah manusia yang beruntung kerana kerja seorang Guru adalah MULIA.
__________________________
* TERIMA KASIH kepada para Guru,  kerana respon baik yang diberikan.
*Tugas Guru bukan hanya Mengajar tetapi Mendidik.
*Kunci untuk berkhidmat adalah IKHLAS🔹SABAR🔹 ISTIQAMAH🔹
___________________________