Saturday, 5 March 2016

RENUNGAN BERSAMA 👉 HIKMAH SAKIT



Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmah dan rahsianya, antaranya:

1) Sakit itu Zikrullah.  Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar. Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati, Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya  

15) Sakit itu tingkatan darjat. Apa saja jenis sakit termasuk stress, tekanan fikiran hatta tercucuk duri sekecil apa pun akan menjadi asbab seseorang ditingkatkan darjatnya disisi Allah.

*Kesemua hikmah ini qkan diperolehi hakikatnya apabila sakit itu diterima dengan hati yang sabar dan redha tanpa hati mempertikaikan dan protes terhadap ketentuan Ilahi.

Wallahualam.


Friday, 4 March 2016

👉PETUA HIDUP TENANG 👈



1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3. Tidak berlebihan melakukan  apa yang anda tidak mampu buat.  Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja.. 

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa  terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.

7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.

8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.