1. Amalkan Diet Dengan Serat Tinggi, Berkhasiat
Segalanya harus bermula dengan diet atau cara pemakanan anda. Masalah penghadaman akan menyebabkan kekotoran kulit dari dalaman dan kerana itu diet seimbang sangat penting. Amalkan pemakanan berprotein tinggi seperti ikan, kacang, daging putih dan bijian seperti gandum hitam & beras perang juga sayuran sangat bagus untuk kesihatan dan kulit anda.
Cuba elakkan makanan yang diproses kilang atau dari bahagian sejuk beku. Asid lemak Omega 3 bagus untuk mengurangkan keradangan kulit dan ianya boleh ditemui dalam kacang walnut, salmon dan kacang soya. Jaga makan, itu penting.
2. Minum Air, Banyakkan Minum Air Setiap Hari
Ramai sebenarnya mengambil mudah pengambilan air dalam kehidupan sehari hari. Seperti yang kita tahu terdapat banyak faedah kesihatan dengan hanya minum air, salah satunya adalah untuk membantu kulit anda untuk membersihkan kekotoran.
Air membersihkan badan dan menghapuskan toksin & bahan buangan. Ia menghidrat tubuh dan membuang lebihan minyak dan kotoran. 15% daripada kulit kita terdiri daripada air. Jadi, minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk memberikan kulit cerah idaman anda.
3. Elakkan Terdedah Kepada Matahari
Cahaya matahari sumber vitamin D yang baik namun hanya dari jam 7.00 pagi sehingga 9.00 pagi setiap hari, selepas itu anda perlu elakkan pancaran cahaya matahari terus ke kulit anda. Sinaran UV agak kuat dan bukan sahaja merosakkan tekstur kulit tetapi pendedahan berlebihan kepada sinaran ini boleh menyebabkan kanser kulit — lebih lebih lagi sekitar 10.00 pagi ke 2.00 petang.
4. Amalkan Pembersihan Kulit Dengan Betul
Menghidratkan kulit dari dalam dan luar adalah penting. Bersihkan muka anda dua kali setiap hari, sekiranya lebih ianya boleh menyebabkan kekeringan. Minyak semulajadi yang dihasilkan kulit kita diperlukan untuk kesuburan. Gunakan air suam untuk mencuci manakala gunakan air sejuk untuk membilas untuk mengelakkan kotoran kembali ke liang kulit muka. Semasa mencuci muka guna pergerakan bulat, jangan gosok kerana boleh menyebabkan kerengsaan kulit.
5. Dapatkan Cukup Rehat Dan Tidur Itu Penting
Mungkin anda tidak tahu, rehat yang cukup dan tidur merupakan rahsia nombor satu untuk gaya hidup yang sihat dan kulit yang cerah berseri. Berada dalam keadaan tertekan akan menghasilkan kulit berminyak secara berlebihan. Sekurang kurangnya tidur 7 hingga 8 jam setiap hari untuk minda yang aktif dan kulit berseri.
No comments:
Post a Comment