Sunday, 12 October 2014

Jodoh:Jangan mencari terlalu sempurna...

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di
mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah
sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu
saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman
mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih
hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada
seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah
kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu
meninggalkannya begitu saja....Kerana dia
akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan
mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia
mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila
sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya
semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih
dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki
seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu
mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia
melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan
kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah
memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba
mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar
kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada
dirimu. MENYAYANGIMU . . .MENGASIHIMU . ..Mengapa kamu
berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu
akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain...
Kamu juga yang akan MENYESAL.....

~renungan bersama~

No comments:

Post a Comment