Tahun 2014 bakal tiba ke penghujungnya. Tahun 2015
bakal menjelma. Rata-rata, ramai ibu-bapa yang sudah
sibuk buat ‘survey’ tentang tadika. Mungkin salah satu
daripada ramai-ramai ibu-bapa itu ialah anda?
Apa Tips Memilih Tadika?
Ada banyak faktor yang perlu diambil kira. Antara kriteria
yang penting ialah:
1. Guru bertauliah
》Pastikan guru yang mengajar anak kita benar-benar
bertauliah. Pelajar cilik berbeza perangainya dengan
pelajar dewasa. Guru dan tenaga pengajar yang
bertauliah sudah semestinya telah menjalani kursus khas
untuk menangani kanak-kanak. Mereka lebih memahami
psikologi kanak-kanak.
2. Modul pengajaran & kurikulum
》Perjalanan dan aturan pembelajaran mengikut umur
kanak-kanak bergantung pada kurikulum. Ada tadika yang
mempunyai kurikulum yang sama untuk setiap francais.
Ada yang mempunyai kurikulum sendiri. Baca betul-betul
apa yang ditawarkan dan bakal diajar pada anak kita. Usah
tangkap muat.
3. Penerapan Agama Islam
》Kita bukan hanya untuk ajar anak untuk perkara dunia
sahaja. Cuba dapatkan tadika yang menerapkan nilai-nilai
Islam dalam pengajaran. Selesai sesi pembelajaran, ada
juga tadika yang menawarkan pembelajaran Iqra’ seawal
umur 4 tahun. Jangan lepaskan peluang ini. Daripada
terbazir masa anak bermain yang bukan-bukan, lebih baik
mereka belajar ilmu agama.
4. Lokasi
》Mungkin dalam satu taman, tiada tadika yang menarik
minat kita. Terpaksa pergi ke taman sebelah. Ibu-bapa
mesti bijak memilih tadika yang sesuai dan berdekatan
dengan tempat kerja. Jika ada apa-apa masalah, boleh
kembali ke tadika untuk melihat anak.
5. Yuran bulanan
》Ada tadika yang melampau-lampau harganya. Ada yang
sederhana harganya. Ada juga yang murah. Tepuk seluar,
tanya poket! Tadika yang mahal belum tentu bagus. Tadika
yang murah tidak semestinya tidak bagus. Seperkara lagi,
adakah ia termasuk kos penghantaran van dari rumah ke
tadika? Apa yang penting, ikut kemampuan.
6. Pemilik tadika
》Cuba bertanya dan kenal-kenal dengan pemilik tadika.
Adakah beliau seorang ‘business man’ atau ‘business
woman’ semata-mata? Pernah nampak mereka bersama
anak-anak? Kalau pemilik tadika hanya mementingkan
keuntungan dan tidak mahu luangkan masa dengan tadika
mereka sendiri, kena fikir dua kali. Cari tadika yang
pemiliknya mempunyai ‘passion’ pada pendidikan awal
kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment