Daripada Muaz bin Jabal katanya: "Aku telah berkata kepada
Rasulullah SAW: "Ceritakan kepadaku satu amalan yang akan
memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku
daripada neraka.
Baginda Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya kamu telah
bertanya tentang sesuatu yang agung. Sesungguhnya hal ini
adalah mudah bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah SWT:
"Kamu menyembah ALLAH dan tidak menyekutukanNYA dengan
sesuatu, kamu mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan
berpuasa di bulan Ramadan serta menunaikan haji."
Kemudian baginda berkata:"Mahukah kamu kiranya aku
tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebaikan? Puasa itu
benteng(pemelihara),sedekah menghapuskan kesalahan
seperti air memadamkan api dan solat seorang lelaki di
tengah malam (kemudian baginda membaca firman ALLAH yang
bermaksud): "Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur
(tidur sebentar kerana mengerjakan solat tahajud dan
amalan soleh); mereka sentiasa berdoa kepada tuhan mereka
dengan perasaan takut(akan kemurkaanNYA) serta dengan
perasaan ingin memperoleh lagi (keredaanNYA); dan mereka
selalu menderma sebahagian daripada apa yang kami berikan
kepada mereka. Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui
satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka
persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada
pelbagai jenis nikmat) yang indah di pandangan dan
menggembirakan sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang
telah mereka kerjakan."(al-sajadah:16-17)
Kemudian baginda bersabda lagi: "Mahukah kamu kiranya aku
ceritakan kepadamu tentang kepala segala urusan, tiang dan
kemuncaknya?" Sabda baginda:"Kepala segala urusan adalah
Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad."
Kemudian baginda bersabda lagi: "Mahukah kamu kiranya aku
memberitahu kepada kamu anak kunci kepada semua perkara
tersebut?" Aku menjawab"Sudah tentu wahai Rasulullah!"
Lalu baginda pun memegang lidah seraya bersabda"Kamu mesti
menjaga ini!" AKu bertanya:"Wahai nabi Allah! Adakah kita
akan dibalas(dipersoalkan)dengan apa yang kita
pertuturkan?" Baginda menjawab:"Celakalah kamu! Tidaklah
manusia itu disembamkan muka mereka ke neraka(dalam
riwayat lain menyebut batang hidung)-melainkan angkara
lidah mereka?" (Hadis Riwayat Tirmizi)
Thursday, 9 October 2014
Amalan yang menghantar ke syurga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment