Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…Dia milikku tercipta
buatku…Satukanlah hatinya dengan hatiku…Titipkanlah
kebahagiaan antara kami…Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…Seringkanlah kami
melayari hidup ini…Ketepian yang sejahtera dan abadi…Maka
jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkanDia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…Luputkanlah dia dari
ingatanku…Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…Menolak bayangannya jauh ke dada
langit…Hilang bersama senja yang merah…Agarku sentiasa
tenang…Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkanAdalah yang
terbaik untukku…Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…Di dunia
dan akhirat…Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang
daif ini…Jangan Engkau biarkan aku sendirian…Di dunia ini
mahupun di akhirat…Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan
dan kemungkaran…Maka kurniakanlah aku seorang pasangan
yang beriman…Agar aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup…Ke jalan yang Engkau redhai…Dan
kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…Dan
periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.
No comments:
Post a Comment