Untuk yang sedang bersedih
Beramallah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan
kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang
menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput
hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh
bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.
Wahai jiwa yang sedang layu…
Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu
bahawa keindahan tetap bersemayam dihati orang-orang yang
mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika
hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab
dialah yang memiliki jawapannya.
Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…
Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau
ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau
tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya
sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang
seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan
hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.
Untukmu yang sedang luka..
Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta.
Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air
mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat
dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.
Hai pemilik hati yang patah..
“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan
hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana
saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar
jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang
akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar
Cinta!
Kawanku yang dicintai Allah..
Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan
sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam
duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan
banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang
kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur.
Ini untukmu yang sedang bersedih Dalam rangka menasihati
diri sendiri…
No comments:
Post a Comment